fuh!!! fuh!!! fuh!!!!
huk!!!huk!!!huk!!!!
hish, berhabuk teruk tahap gaban aq punya blog ni...
lama gak aq xupdate...
ble check blk rupa2nya ada gak yg sudi baca blog aq..
terharu!!!! hahahaha
thanks a lot..
Suzie!!! sori bru skg aq perasan hang punya comment... hihihihi...
maafkan beta ye wahai suzie..
mungkin buzy dgn tugasan harian and more important aq target nk siapkn novel sulung aq... huhhuhuhuhu...
wt masa skg, separuh aq dh siapkan tinggal lg separuh...
ttg tajuk aq xsure lg ok ke x...
ttp aq ada postkn beberapa bab awal ttg novel aq..
i need u comment n option or suggest mybe...
nevermind..
wpun kdg2 siprit aq mcm tenggelam timbul but i need to be strong..
ok ler see u in next time.. bye...
OnE LiFe ONe JOurNeY
aku tak pandai menyusun kata kerna lebih selesa dengan menulis WALAUPUN hanya tinggal sebatang pen dan kertas
Wednesday, 6 March 2013
Thursday, 31 January 2013
cERITA KITA-BAB 8
BAB 8
Seusai solat subuh, Aya
Sofia sudah mula sibuk menyiapkan segala keperluan sekolah. Daripada pakaian
sehinggalah peralatan sekolah dia yang menyiapakn sendiri. Mak Kiah yang ingin
membantunya mengosok pakaian pun tak dibenarkan. Dia cuba untuk belajar berdikari.
Setelah membersihkan diri, pakaian seragamnya disarungkan ke tubuhnya yang
tinggi lampai, tudung juga tak lupa di sarungkan ke kepala. Dia cuba menilik
seketika wajahnya di cermin. Setelah berpuas hati dia turun ke bawah untuk
bersarapan. Tan Sri Sulaiman dan Puan Sri Anum sudah pun menunggu. Dia
melemparkan senyuman manis buat orang tuanya. Mereka membalas senyuman Aya
Sofia.
“Wah, cantik anak ibu,”
puji Puan Sri Anum. Dia tersenyum senang melihat sikap Aya Sofia yang pandai
mengambil hati orang tua. Mak Kiah ada memberitahunya pagi tadi yang Aya Sofia
tidak membenarkan orang lain mengosok pakaian sekolahnya.
“Terima kasih,” balas
Aya Sofia sedikit manja.
“Makanlah dulu nanti
perut itu tak masuk angin,” pesan Puan Sri Anum sambil menghulurkan nasi goreng
kepada Aya Sofia. Aya Sofia menyambutnya dan menyedukan nasi goreng ke dalam
pinggan.
“Fi makanlah dulu nanti
ayah hantar Fi pergi sekolah sekali,” jelas Tan Sri Sulaiman sambil mengunyah
sekeping roti ke dalam mulutnya.
“Tak payahlah ayah. Fi
boleh pergi sendiri. Boleh Fi ‘pinjam’ pemandu ayah?” tanya Aya Sofia meminta
izin.
Tan Sri Sulaiman
berkira-kira untuk membenarkan. Dia seakan tak percaya dengan permintaan Aya
Sofia. “Betul ke Fi boleh pergi sendiri? Tak mahu ayah temankan,” soal Tan Sri
Sulaiman.
“Betul, lagipun Fi dah
besar. Dah nak masuk 17 tahun. Ayah janganlah risau,” jelas Aya Sofia memberi
jaminan.
“Terpulanglah pada Fi,
nanti ayah beritahu Pak Man,” Tan Sri Sulaiman sudah memberi keizinan. Dia
sendiri bangga melihat Aya Sofia sudah belajar berdikari. Sejak arwah Tok Wan
meninggal, sikap Aya Sofia banyak berubah. Dia mula perasan akan perubahan itu.
Aya Sofia mengangguk sambil mengunyah nasi goreng.
Selesai bersarapan Aya
Sofia bangun dan mencium tangan dan pipi orang tuanya. Perbuatannya cukup sopan
dan tertib. Tan Sri Sulaiman dan Puan Sri Anum saling berpandangan sesama
sendiri sebelum masing-masing mengukir senyuman. Perasaan lega terpancar di
wajah mereka.
“Terima kasih ye Pak
Man,” ucap Aya Sofia lembut apabila mereka sudah sampai ke perkarangan sekolah
baru Aya Sofia.
“Sama-sama Cik Sofia. Pukul
berapa Pak Man kena jemput cik?” soal Pak Man meminta kepastian. Dia tersenyum
kagum dengan sikap Aya Sofia yang cukup menghormati orang tua. Anak majikan tak
pernah sombong. Pertama kali dia bekerja untuk Cik mudanya membuatkan hati
tuanya berasa senang. Selalunya anak orang kaya kan sombong. Berpuluh-puluh
tahun dia bekerja untuk keluarga Tan Sri Sulaiman sedikit pun tak buat dia rasa
kekok.
“Nanti saya telefon.
Saya pun tak pasti,” ujur Aya Sofiya memberi jawapan. Pak Man mengangguk.
Aya Sofia membuka pintu
keretanya sendiri, Pak Man yang ingin membukakan pintu tidak dibenarkan. Hish,
bukan susah pun nak buka pintu sendiri. Dia berjalan melangkah masuk ke dalam
perkarangan sekolah. Kereta Jaguar milik ayahnya mula meluncur pergi
meninggalkan dirinya. Dengan lafaz bismillah dia melangkah masuk menuju ke
pintu pagar sekolah. Kelihatan dua orang pelajar sedang berdiri di pintu pagar.
Mungkin pengawas sekolah. Teringat semasa dia menjadi ketua pengawas dulu. Dia
mengeluh. Rindunya bertandang lagi. Dia mengerling jam di pergelangan
tangannya. Tepat pukul 7.20 pagi.
“Assalamualaikum, dik
akak nak tanya kat mana pejabat sekolah ye,” tanya Aya Sofia lembut sambil
mengukir senyuman. Namun, senyuman tidak dibalas oleh perempuan yang memakai
seragam berwarna serba biru itu. Malah siap buat muka lagi. Perempuan itu terus
berlalu pergi meninggalkan Aya Sofia yang termangu sendiri. Sombongnya!
“Akak tanya apa tadi?”
soal pelajar lelaki yang memakai baju yang berwarna biru juga. Aya Sofia pantas
berpaling. Kelihatan seorang budak lelaki yang memakai cermin mata sedang
berdiri di belakangnya.
“Eh, akak nak tanya
mana pejabat sekolah,” tanya Aya Sofia lagi. Budak lelaki itu merenungnya atas
bawah. Asal pulak budak ini tengok dia lain macam aje. Tengok dia macam nampak
alien aje.
“Akak pelajar baru ke?”
soal Syamim. Tertera tag nama di bajunya.
“Ha’ah,” jawab Aya
Sofia.
“Patutlah tak pernah
nampak,” balas Syamim. Aya Sofia tersenyum sambil mengangguk. Buat-buatlah muka
ramah.
“Akak terus lepas itu
belok kanan, nanti akak jumpa tangga. Akak pergi kat tingakt empat, lepas itu
akak belok kanan sikit akak akan jumpa signboard ‘PEJABAT’,” terang Syamim satu
persatu. Aya Sofia cuba mengingat arah jalan yang diberikan. Rasanya tak ada
masalah. Dia terus mengangguk. Sempat juga dia mengucapkan terima kasih sebelum
berlalu pergi.
Aya Sofia meniti tangga
satu persatu, boleh tahan juga tingginya sekolah ini terasa semput nafas dia.
Sampai saja dia di tingkat empat, Aya Sofiya terus belok ke kanan seperti yang
diberitahu Syamim tadi. Tanpa dia perasan, dia terlanggar seseorang. Habis
bertabur kertas yang dipegang orang lain itu. Aya Sofia yang terkejut seponton
membongkok mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai. Kedengaran seseorang
mendengus marah.
“Awak ini letak mata
kat mana? Lutut,” marah seorang lelaki dengan garang. Kecut perut juga Aya
Sofia mendengarnya. Nanti kejap bukan salah dia seorang pun. Dia tak perasan
ada orang masa dia belok tadi. Kes sama-sama salah. Aya Sofia pantas mengutip
kertas dan perlu diserahkan segera kepada lelaki itu.
“Tak ada adap
langsung,” marah lelaki itu lagi. Suaranya semakin tinggi. Bingit pulak telinga
Aya Sofia. Dia lantas mendongak kepalanya sikit untuk memandang wajah lelaki
yang garang macam singa lapar. Lelaki itu terpana. Lidahnya kelu seribu bahasa.
Aya Sofia hanya
memandang sekilas wajah lelaki itu yang berpakaian kemaja dan bertali leher.
Entah-entah cikgu kat sini. Taklah handsome mana, sepuluh ganda lagi handsome
Abang Ryan. Kutuk Aya Sofia di dalam hati.
“Maaf encik saya tak
nampak tadi,” jelas Aya Sofia memohon maaf, kertas yang dipegang sudah
diserahkan kepada lelaki itu. Walaupun dia tahu lelaki itu salah tapi
memandangkan lelaki itu dah tua terpaksalah dia mengalah. Mana tahu lelaki itu
cikgu tak adalah nanti dia dianggap biadap. Lelaki itu masih lagi diam. Tadi
bukan main garang lagi. Dah bisu pula.
“Saya minta diri dulu,
maafkan saya lagi sekali,” sambung Aya Sofia lagi sebelum berlalu. Sempat lagi
dia melemparkan senyuman. Buat-buat muka baik. Saat Aya Sofia menoleh ke
belakang sikit, matanya bertembung dengan
mata lelaki itu. Jantungnya terhenti seketika. Rasa cuak mula bersarang
dalam jiwa bila melihat renungan tajam lelaki itu. Aya Sofia berpaling semula
ke depan. Mintak-mintak bukan dia yang mengajar dalam kelasnya nanti. Langkah
Aya Sofia terus dipanjangkan lagi menuju ke pejabat sekolah. Tidak mahu dia
memikirkan tentang lelaki itu. Tanpa dia sedar, pertama kali lelaki itu
mengukir senyuman nipis.
Aya Sofia menolak pintu
pejabat. Dia terus menuju ke kaunter pejabat.
“Assalmualaikum,” sapa
Aya Sofiya lembut kepada seorang wanita yang kelihatan sudah berusia. Wanita
itu mengangkat kepalanya.
“Ya, ada yang boleh
saya bantu,” soal wanita itu. Aya Sofia menarik nafas lega. Nasib baik masih
ada yang ramah lagi kat sekolah ini. Kalau tak hari ini juga dia minta ayahnya
tukarkan sekolah.
“Saya nak jumpa tuan
pengetua,” jawab Aya Sofia penuh sopan.
“Sekejap ye.” Aya Sofia
hanya tersenyum manis. Wanita itu bangun dan menuju ke sebuah bilik yang
bersederhana besar.
Tiba-tiba pintu pejabat
dikuak seseorang. Aya Sofia yang berdiri di depan kauter pantas menoleh ke arah
pintu. Muncul lelaki yang dilanggarnya tadi. Hatinya mula tak sedap. Kenapa
pulak dia ini kat sini? Lelaki itu masuk
dengan selambanya. Tanpa melihat orang disekelilingnya dia terus menuju ke
sebuah almari dan menarik laci. Mukanya serius. Tangannya menarik satu fail
berwarna hitam.
“Eh Cikgu Ammar, nak
buat apa dengan fail itu?” soal wanita tadi.
Sama seperti yang
diduga Aya Sofia, lelaki tadi itu memang cikgu kat sini. Aya Sofia hanya
menjadi pendengar setia di situ. Oh, nama cikgu berlagak ini Cikgu Ammar. Nama
sedap tapi perangai hancus.
“Nak buat laporan
tentang disiplin pelajar. Terutama pelajar yang biadap,” jawab Ammar. Sengaja
dia kuatkan sedikit ayat yang dihujungnya. Matanya menjeling tajam ke arah Aya
Sofia.
Aya Sofia menelan air
liur namun dia buat muka selamba. Ha, persetan semua itu. Lagipun bukan salah
dia seorang pun. Sama-sama salah. Dia sendiri dah minta maaf.
“Biasalah budak zaman
sekarang ini cikgu, macam mak bapa tak tahu nak ajar anak,” sinis kata-kata
wanita itu. Tersentap hati Aya Sofia. Sedap mulut aje makcik ini. Tak semua mak
bapak macam itu. Getus hati Aya Sofia geram. Namun, dia malas nak mencelah,
takut digelar biadap pula.
“Lupa pulak nak tanya
siapa nama adik ini?” soal wanita itu kepada Aya Sofia.
Aya Sofia sedikit
terpinga-pinga apabila mendengar soalan. “Aya Sofia Binti Ta… Sulaiman,”
sedikit gagap Aya Sofia menyebut nama ayahnya. Hampir terlepas tadi perkataan
‘Tan Sri.’ Dia tak mahu orang mengenali siapa dia sebenarnya.
“Owh, tuan pengetua ada
kat dalam. Pergilah masuk,” arah wanita itu tadi.
“Terima kasih kak,”
balas Aya Sofia sambil menghadiahkan senyuman. Pagi ini banyak betul exercise
muka. Dia terus berlalu menuju ke pintu bilik tuan pengetua tanpa memandang ke
arah Cikgu Ammar. Menyampah pulak dia tengok cikgu yang bajet bagus itu.
Pirahhh…
Ammar
Farizul hanya mengekori lewat dari anak matanya. Dia terus memandang sehingga
gadis itu hilang dibalik pintu tuan pengetua. ‘Aya Sofia,’ desis hatinya. Dia
terus keluar tanpa membawa apa-apa fail pun. Memang sengaja dia masuk tadi.
“Kenalkan semua ini
pelajar baru masuk,” suara Tuan Haji Raihan, pengetua sekolah memenuhi ruang
kelas yang tadinya sepi. Macam kelas orang mati.
Aya Sofia memerhatikan
ruang kelasnya sebelum matanya melihat wajah satu persatu rakan-rakan
sekelasnya yang baru. Beberapa pelajar mula berbisik sesama sendiri. Ada
pelajar lelaki yang tak berkelip matanya memandang Aya Sofia. Dah macam alien
pula dia kat sini. Semua orang nampak pelik aje. Nama budak bandar tapi tengok
orang macam orang jakun. Aya Sofia memegang erat jari jemari runcing miliknya.
Perasaanya mula tak tenang saat kakinya melangkah masuk ke dalam kelas ini.
Baru dia perasan lelaki yang berdiri di hadapan kelas ketika ini. Cikgu Ammar
a.k.a Inchik Singa. Haha… Dia terfikir sudah nama yang sesuai untuk cikgu itu
tadi. Mata Cikgu Ammar merenung tajam memandang Aya Sofia seperti seorang
pesalah yang menanti hukuman.
“Awak boleh perkenalkan
diri awak sekarang,” arah Tuan Haji Raihan.
“Assalamualaikum, nama
saya Aya Sofia Binti Sulaiman. Saya berasal dari Johor,” jelas Aya Sofia
ringkas.
“Dulu sekolah mana?”
soal Cikgu Ammar tegas. Aya Sofia memandang sekilas ke arah lelaki itu.
Sibuklah dia ini.
“Saya sekolah biasa
aje, kat sekolah kampung,” jujur Aya Sofia. Beberapa pelajar tersenyum sinis
memandangnya. Berkerut dahi Aya Sofia. Apa yang pelik, dia bukan sekolah kat
hutan pun. Hello, kengkawan semua budak kampung pun dah sampai oversea.
Teringat pulak anak Mak Miah, Kak Ana yang berjaya sambung belajar sampai
Australia. Nak hairan apa sekarang. Wajah Cikgu Ammar masih serius.
“Kenapa nama awak
pelik?” soal pelajar lelaki yang duduk paling hujung sekali. Nampak macam
pendiam tapi terlebih ramah pulak. Tak apa-apa rakan sekelas. Cikgu Ammar
memandang tajam kearah pelajar lelaki itu. Pelajar lelaki itu kembali
menudukkan kepalanya. Garangnya cikgu ini. Memang sesuai sangatlah dia dapat
gelaran Inchik Singa. Hati Aya Sofia bermonolog sendiri.
“Sebab mak ayah saya
yang letak,” jawab Aya Sofia acuh tak acuh. Wajahnya masih tenang dan dia tetap
melemparkan senyuman. Tak mungkin dia cerita yang dia dapat nama sempena sebuah
masjid di Turki, iaitu Aya Sofia. Ketika itu keluarganya tinggal di sana. Dan masa
itu dia masih dalam kandungan ibu lagi. Arwah Tok Wan yang pilih nama itu dan
Tok Wan juga yang bercerita kepadanya. Rindunya kat Tok Wan.
“Okeylah semua, kalau
nak sesi berkenalan tunggu lepas kelas nanti,” seloroh Tuan Haji Raihan sambil
tersenyum nipis. Sempat lagi tuan pengetua buat lawak sebelum berlalu keluar.
“Pandai-pandailah nak
duduk mana,” sergah Cikgu Ammar. Suaranya mendatar. . Cis, cakap orang tak ada
adap, diri sendiri pun sama.
Aya Sofia termangu
seketika sebelum terpandang meja yang masih kosong di bahagian belakang sekali
bersebelahan dengan seorang pelajar perempuan yang memakai cermin mata. Aya
Sofia meletakkan beg sandang dibelakangnya.
“Hai, saya Aya Sofia,
panggil Fi,” tegur Aya Sofia ramah.
“Nama saya Suzie. Awak
boleh panggil Zie,” jawab Suzie perlahan. Macam orang takut-takut. Patutlah
Inchik Singa kat depan. Aya Sofia mengangguk.
“Kelas, kita sambung
balik nota kita balik sebab ada ‘iklan’ tadi,” sinis Cikgu Ammar berkata-kata.
Aya Sofia tersentap. Kurang asam jawa punya cikgu ada patut dia panggil iklan.
Tapi okey juga dia kan cun boleh jadi model iklan, Aya Sofia buat lawak dalam
hatinya sendiri.
Aya Sofia mengeluarkan
sekeping buku tulis yang masih baru dari dalam beg sandangnya. Dia mencatat
setiap nota yang diberikan Cikgu Ammar. Walaupun dia tak suka, ilmu tetap
dicari. Dia mengeluh berat apabila mengetahui Cikgu Ammar akan mengajar subjek
seni. Subjek yang dia tak suka. Tidak!!! Sesuai sangatlah subjek dia tak suka
dengan cikgunya sekali dia tak suka.
Selesai subjek seni,
Cikgu Ammar terus melangkah keluar. Mukanya serius. Aya Sofia langsung tidak
memandang wajah Cikgu Ammar ketika mereka sekelas mengucapkan terima kasih. Fikirannya
lebih tertumpu tentang subjek yang baru diambil. Kalau tak kerana ayah, hidup
mati balik pun dia tak akan ambil subjek ini.
Suasana yang tadinya
sunyi sepi tiba-tiba bertukar menjadi riuh rendah. Ramai pelajar perempuan
mengerumuni meja Aya Sofia. Terkejut juga Aya Sofia bila ramai yang datang ke
mejanya. Yelah tadi bukan main ‘baik’ lagi.
“Hai nama saya Qaseh,”
ujur seorang pelajar yang memperkenalkan dirinya ‘Qaseh’.
“Saya pula Adawiyah,
yang ini Haiza, Shila, dan ketua kelas ini Raziah,” jelas Adawiyah sambilnya
jarinya menujukkan satu persatu. Mereka tersenyum.
“Aya Sofia, panggil
Fi,” jawab Aya Sofia. Dia saling membalas senyuman. Mereka mengangguk
“Sedap nama awak, tapi
bunyinya pelik sikit,” ujur Shila mencelah.
“Tapi sesuai nama itu
dengan Fi,” sambung Shila lagi.
“Kenapa pulak,” soal
Aya Sofia penasaran.
“Muka Fi macam ada
mixed sikit, kalau sekali pandang macam model arab pun ada,” ujur Haiza sambil
tergelak. Ketawa mereka bersatu. Aya Sofia hanya tersenyum nipis. Tak payah
beritahu pun dia dah lama tahu. Dulu Ain ada beritahu yang dia persis pelakon
Nur Fathia. Kalau orang kata mereka kembar mungkin ramai yang percaya. Masuk
lif tekan sendiri.
“Taklah, saya melayu
tulen. Memang tak ada mixed mana-mana pun. Mungkin mak saya dulu minat tengok
cerita arab kot,” Aya Sofia memikirkan alasan yang logik. Patut pun ibu
terkenan masa itu dah duduk kat negara arab masa mengandung. Nasib baik duduk
kat Istanbul kalau duduk negara Senegal agaknya, dia pun ikut orang belah sana.
“Fi duduk kat mana?”
soal Raziah yang dari tadi cuma mendiamkan diri dan menjadi pemerhati.
“Dekat-dekat sini je,”
jawab Aya Sofia acuh tak acuh.
“Eh, jangan ambil hati
sangat dengan Cikgu Ammar itu,” ujur Shila tiba-tiba.
“Kenapa?” Aya Sofia
bertanya. Dia pun nak tahu sebabnya.
“Perangai dia pelik
sikit. Percaya tak yang kami sekali pun tak pernah nampak dia senyum. Memanjang
je dengan muka ‘ketat’ dia,” terang Shila bersungguh-sungguh.
“Sebenarnya ramai
pelajar yang suka dia tapi tak seorang berani dekat dia. Sayang harap aje muka
handsome tapi muka mak datuk macam asam kecut,” celah Haiza. Gaya tak puas hati
nampak. Entah-entah dia pun ada hati kat Inchik Singa itu. Perbualan kami
berakhir di situ apabila seorang guru wanita masuk ke kelas kami. Kelam kabut
mereka kembali tempat duduk masing-masing.
Aku masih memikirkan
cerita yang baru dia dengari tadi. Timbul pula rasa tak percaya dalam hati Aya
Sofia. Hish pelik, ada ke orang yang ada penyakit macam itu. Penyakit kulit
agaknya. Nak kata handsome, biasa aje dia tengok. Kalau mereka jumpa Abang Ryan
mesti Inchik Singa itu tak dipandang. Terbayang wajah abang kesayangan yang
jauh diperantauan. Baru semalam dia menghantar Abang Ryan ke KLIA.
Sunday, 23 December 2012
ACT'12 @Doha Qatar
Alhamdulilah...
Wlupun hanya seri tapi itu lebih baik dari kalah..
hari nie, Malaysia turun menetang Pakistan dengan misi memburu kemenangan utuk menjamin tempat ke final..
ketika ini, India masih berada di tangga pertama dengan mengutip 9 mata manakala Malaysia dan pakistan berkongsi 7mata dan hanya dipisahkan dengan beza jaringan.
kalau diikutkan ketika ini, Pakistan mendahului Malaysia dengan beza jaringan..
tapi apa2 pun segalanya boleh berubah dengan izin Allah.
nampaknya perlawanan berlangsung dengan sengit dengan kedua2 pasukan saling mengejar gol..
wah, msti hebat giler game nie kan...
walaupun Malaysia mendahului Pakistan melalui Fitri Saari, namun kedudukan tidak lama apabila pakistan berjaya menyamakan kedudukan...
seri 1-1 tidak berubah sehingga babak pertama tamat.
babak kedua, perlawanan semakin rancak apabila Faizal Saari berjaya menjaringkan gol pendahuluan menjadikan Malaysia 2-1.
namun, pakistan tidak berputus asa dan akhirnya dua gol berjaya dihasilkan menjadikan kedudukan 3-2..
namun, semangat juang anak didik Paul Revington harus dipuji apabila tetap melakukan serangan walaupun dilihat masa semakin suntuk..
dan 2 minit sebelum masa tamat, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil muncul wira apabila menjaringkan gol penyamaan sekaligus menyaksikan Malaysia dan pakistan berkongsi satu mata..
dengan seri 3-3..
good job guys...
dan berita paling tidak aq duga, akhirnya aq jumpa twitter milik pemain yang teramat aq minat iaitu Tengku Ahmad Tajuddin...
bestnya, so apalagi I follow...kihkihkihkih...
akhirnya ketemu juga apa yang aq cari n aq rasa dy baru je create twitter tu..
xkisahlah yang penting aq dh jumpa...
YES!!!
2 keping pic nie diambil time sesei latihan di Hotel Holiday Villa, Doha Qatar :
bila Incik Jidin nak jadi cikgu..kahkahkah
Friday, 21 December 2012
ACT'12 @Doha Qatar
4 again!!!
Alhamdulilah, Malaysia menang utuk perlawanan kedua menetang Oman..
tapi ada sesuatu yang menarik ialah Malaysia menang dengan jaringan gol 4..
ermmmm....
tapi walaupun Malaysia berjaya mengutip 3 mata penuh, namun harus diingat ketika ini Pakistan n India juga mempunyai mata yang sama dengan Malaysia dan hanya dipisahkan dengan beza jaringan dan bolos..
ketika ini Pakistan mendahului negara lain..
sekiranya Malaysia ingin layak ke final, mereka perlu menumpaskan Pakistan untuk mencerahkan peluang ke final...
InsyaAllah, dengan izin Allah Malaysia mampu melakukannya..
paling penting fokus, fokus n terus fokus..
untunk perlawanan menentang Oman nie, Malaysia seharusnya memanfaatkan sepenuhnya untuk mencari seberapa banyak gol..
namun, rezeki yang Allah berikan hanya setakat itu dan seharusnya bersyukur..
Mungkin ada rezeki yang lain menanti.. InsyaAllah..
perlawanan semalam, Oman berjaya mendahului Malaysia sebelum Faizal Saari menyamakan kedudukan dan Razie Rahim berjaya menjaringkan gol pada babak pertama dengan kedudukan sedikit selesa 2-1...
bermula babak kedua, sekali lagi Razie Rahim berjaya meledakkan gol ke-3 buat Malaysia...
dan pada hujung minit2 terakhir, Tengku Ahmad Tajuddin berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan paling selesa..
dan pada hari Ahad- 24/12, malaysia akan berdepan ujian sukar apabila turun menentang Pakistan..
harap2 mereka akan melakukan sebaik mungkin untuk match nanti..
doakan yang terbaik utuk bro2 hoki negara.. Chills guys..
pe2 kte tgok dlu pic yng sempt aq korek dr mana2 sumber :
Thursday, 20 December 2012
ACT'12 @ Doha Qatar
FUH!!! FUH!!! FUH!!!...
hakhakhak...
banyk betul habuk kt blog nie... hehehehe..
lme jugak aq x update apa2 yng menarik..
last sekali aq update mse last date CC1@Argentina.
BUT... Now, i come back!!!
biasalah aq klu bukan hoki kdg2 malas nak buka or tulis something...
buat blog nie suka2 je...
coz AKU BUKAN BLOGGER FULL TIME!!! kahkahkah...
okey, apa yng menarik hari nie...
of course, tentang ASIAN CHOMPIONS TROPHY"12 @ Doha, Qatar edisi ke-2...
Wah, mcam intersting nmpak...
memang pun coz skuad hoki Malaysia pun terlibat...
s\Syoknya.........
ACT'12 nie melibatkn 6 buah negara iaitu India (selaku juara bertahan), Pakistan (Naib Juara), Malaysia (tangga ke-3 tahun lalu), Jepun (tngga ke-4), China(tangga ke-6) n Oman (menggantikan Korea selatan)...
lengkap and perfect punya info... ^_^
dan tahun nie merupakn tahun ke-2 kejohonan dan edisi pertama dlu di Ordos, China..
apa yang tersangat n teramat menarik ialah MALAYA TIGERS hari nie mengaummmmm...
perlawanan pertama berlangung di Stadium Hoki AR-Rryan pada pukul 3 ptg iaitu(8mlm waktu Malaysia)..
MALAYSIA vs JEPUN....
mesti gerun bunyinya klu dengar nama Jepun tapi kalau main bola sepak lah...kahkahkah...
langkah kanan pemain Malaysia hari ini apabila berjaya menumpaskan Jepun 4-1...
AWESOME...
n CONGRATSSS FROM ME!!! muahhhhhhh...
klau nak tahu lebih lanjut, jom baca artikel nie :
A WINNING START IN DOHA
This is an example of the difference between passion and power. The MHC website led by a top gun still looking for info while a blog has all the details. Roll over and admit that passion wins all the time.
Read on, brought to you by the one and only accurate and fastest hockey blog in the country, accurate and speed matters.....
Another winning start and another four goals scored. That sums up the Malaysian team opening match in the 2nd AHF Champions Trophy in Doha where Malaysia defeated Japan 4-1.
It was a good start, something that coaches Paul Revington and Arul Selvaraj were looking for as Malaysia made eight changes to the team that played in the Champions Challenge in Argentina some three weeks ago where they finished fourth.
"It was a good match and the win was important to give the new inclusions confidence as the tournament progresses," said Arul when contacted in Doha after the match.
Malaysia opened scoring through Tengku Ahmad Tajuddin Tg Jalil in the 3rd minute before Faisal Saari doubled the advantage in the 17th minute, converting a penalty corner.
Hafifihafiz Hanafi gave Malaysia a 3-0 halftime lead by netting in the 32nd minute and Malaysia were coasting. Mohd Razie Rahim found the mark off another penalty corner in the 58th minute and though Japan got a consolation five minutes before time via Tachibana, it was too late to deny Malaysia all 3 points.
Faham x, alah simple je ayat dy... senang cerita Malaysia menang.. habis..hahahahahaha
esok Malaysia akan bertemu Oman pada pukul 7mlm (12t/mlam waktu malaysia)...
semoga terus berjaya buat skuad hoki negara terutama My idol : TENGKU AHMAD TAJUDDIN...
HAHAHAAHAHA (dah score sebijik tadi, walaweh.. hebat mu...)
dan macam biasa aq akan update sepanjang perlawanan berlangsung..
BERUSAHALAH!!! kihkihkihkih...
Sunday, 2 December 2012
CC1 @ Place 3/4
Last Day....
tamat sudah Champions Challenge 1 @ Argentina dan Malaysia menamatkan saingan di tangga ke-4...
okeylh, not bad.. cuba lg next year..
Malaysia tewas kepada Ireland dgn jaringan 4-3 hasil jaringan Ismail Abu, Faizal Saari dan Nabil Fiqri...
tapi kalau nak ikutkan Malaysia tak banyak buat persiapan untuk tournement kali nie apatah lagi coach baru Paul Revington pun baru 3 minggu ajar team hoki.. so, kira hebatlah diaorang leh berjaya sehingga ke semi final sekaligus capai sasaran MHC..
walaupun Malaysia berpeluang meraih gangsa tetapi nasib sekali lagi tidak memihak kepada mereka apabila pada minit terakhir perlawanan Malaysia gagal mempertahankan kedudukan 3-2 dan permainan terpaksa dilanjutkan sehingga ke masa tambahan...
benteng pertahanan sedikit alpa apabila membenarkan Ireland menjaringkan gol pada masa ke-68, dua minit sebelum masa sebenar tamat walaupun ketika itu malaysia berjaya di depan...
kepenatan mungkin faktor mereka tewas kerana mereka seperti tiada istilah rehat.. selesai kejohonan MHL tnb, Piala Razak pula menyusul sebelum pemain dipilih mewakili Malaysia ke argentina...
perjalanan yg mengambil masa 27jam, mungkin menyebabkan pemain sedkit keletihan... namun, aksi di peringkat kumpulan sememangnya harus dipuji apabila menjuarai Pool A sebelum bertemu Afrika Selatan dan berjaya layak ke semi final...
percapaian yg terbaik dan menyamai rekod ketika di Kuala Lumpur...
Namun, masih banyak yg harus diperbaiki.. Insya Allah, satu hari nanti team hoki akan bangkit dan berjaya menjadi kuasa besar hoki dunia..
overall, semua dah menjalankan tugas dgn baik...
semoga berjaya di Piala Asia 2013, di Ipoh nanti...
#supporthockeyforever#
last update CC1, jom tengok aksi dyorang di last day ::::
Saturday, 1 December 2012
CC1 @ Semi Final
Misi Gagal !!!
kecewa mmg kecewa tapi tetap berbangga dgn percapaian Malaysia... wLpun tewas tp target yg diletakkan MHC berjaya dilepasi..
nampaknya taktik korea menjadi apabila berjaya menewaskan Malaysia di semi final pd pukul 1 pg td (waktu malaysia)..
memang seperti yg aq duga dr sebelum perlawanan, pasti korea menyimpan banyak taktik licik...
seharusnya Malaysia sudah masak dengan permainan korea, tp mungkin xde rezeki tahun nie..
Malaysia turun dengan penuh yakin apabila pada peringkat kumpulan, mereka berjaya menewaskan korea.. Namun, harus di ingat, korea mmg satu pasukan yg sgt licik...
pada babak pertama, korea berjaya mendapatkan 4 gol.. misi yg semakin sukar buat Malaysia utk mengejar. Nampaknya, korea lebih bersedia menghadapi Malaysia di semi final..
pada babak kedua pula, Malaysia cuba mengejar dan hasilnya Cua Boon Huat berjaya mendapatkan satu gol... tapi korea berjaya menjarakkan kedudukan 5-1..
Tetapi Malaysia tetap berusaha mendaptkan gol dan Razie Rahim berjaya menyudahkan pukulan sudut dan pada minit2 akhir permainan Marhan Jalil berjaya mendapatkan gol padang buat Malaysia..
keputusan berakhir dengan 6-3..
sungghupun tewas, aku tetap puji kesungguhan pemain apabila bangkit pada babak pertama..
dan korea memang bijak mendapatkan pukulan sudut apabila 4 gol mereka berpunca dr pukulan sudut...
klu ikutkn terer lg Malaysia coz byk gol padang dr pukulan sudut...
pe2 pun team hoki negara dah buat sehabis baik, tapi nasib tidak memihak kpd mereka...
oklh, ni pic yg sempat aq 'ceduk' dr fih.ch ::::
Subscribe to:
Posts (Atom)