Wednesday 6 March 2013

i'am coming in the house!!!!

fuh!!! fuh!!! fuh!!!!

huk!!!huk!!!huk!!!!

hish, berhabuk teruk tahap gaban aq punya blog ni...

lama gak aq xupdate...

ble check blk rupa2nya ada gak yg sudi baca blog aq..

terharu!!!! hahahaha

thanks a lot..

Suzie!!! sori bru skg aq perasan hang punya comment... hihihihi...

maafkan beta ye wahai suzie..

mungkin buzy dgn tugasan harian and more important aq target nk siapkn novel sulung aq... huhhuhuhuhu...

wt masa skg, separuh aq dh siapkan tinggal lg separuh...

ttg tajuk aq xsure lg ok ke x...

ttp aq ada postkn beberapa bab awal ttg novel aq..

i need u comment n option or suggest mybe...

nevermind..

wpun kdg2 siprit aq mcm tenggelam timbul but i need to be strong..

ok ler see u in next time.. bye...

Thursday 31 January 2013

cERITA KITA-BAB 8

BAB 8

Seusai solat subuh, Aya Sofia sudah mula sibuk menyiapkan segala keperluan sekolah. Daripada pakaian sehinggalah peralatan sekolah dia yang menyiapakn sendiri. Mak Kiah yang ingin membantunya mengosok pakaian pun tak dibenarkan. Dia cuba untuk belajar berdikari. Setelah membersihkan diri, pakaian seragamnya disarungkan ke tubuhnya yang tinggi lampai, tudung juga tak lupa di sarungkan ke kepala. Dia cuba menilik seketika wajahnya di cermin. Setelah berpuas hati dia turun ke bawah untuk bersarapan. Tan Sri Sulaiman dan Puan Sri Anum sudah pun menunggu. Dia melemparkan senyuman manis buat orang tuanya. Mereka membalas senyuman Aya Sofia.

“Wah, cantik anak ibu,” puji Puan Sri Anum. Dia tersenyum senang melihat sikap Aya Sofia yang pandai mengambil hati orang tua. Mak Kiah ada memberitahunya pagi tadi yang Aya Sofia tidak membenarkan orang lain mengosok pakaian sekolahnya.

“Terima kasih,” balas Aya Sofia sedikit manja.

“Makanlah dulu nanti perut itu tak masuk angin,” pesan Puan Sri Anum sambil menghulurkan nasi goreng kepada Aya Sofia. Aya Sofia menyambutnya dan menyedukan nasi goreng ke dalam pinggan.

“Fi makanlah dulu nanti ayah hantar Fi pergi sekolah sekali,” jelas Tan Sri Sulaiman sambil mengunyah sekeping roti ke dalam mulutnya.

“Tak payahlah ayah. Fi boleh pergi sendiri. Boleh Fi ‘pinjam’ pemandu ayah?” tanya Aya Sofia meminta izin.

Tan Sri Sulaiman berkira-kira untuk membenarkan. Dia seakan tak percaya dengan permintaan Aya Sofia. “Betul ke Fi boleh pergi sendiri? Tak mahu ayah temankan,” soal Tan Sri Sulaiman.

“Betul, lagipun Fi dah besar. Dah nak masuk 17 tahun. Ayah janganlah risau,” jelas Aya Sofia memberi jaminan.

“Terpulanglah pada Fi, nanti ayah beritahu Pak Man,” Tan Sri Sulaiman sudah memberi keizinan. Dia sendiri bangga melihat Aya Sofia sudah belajar berdikari. Sejak arwah Tok Wan meninggal, sikap Aya Sofia banyak berubah. Dia mula perasan akan perubahan itu. Aya Sofia mengangguk sambil mengunyah nasi goreng.

Selesai bersarapan Aya Sofia bangun dan mencium tangan dan pipi orang tuanya. Perbuatannya cukup sopan dan tertib. Tan Sri Sulaiman dan Puan Sri Anum saling berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing mengukir senyuman. Perasaan lega terpancar di wajah mereka.

“Terima kasih ye Pak Man,” ucap Aya Sofia lembut apabila mereka sudah sampai ke perkarangan sekolah baru Aya Sofia.

“Sama-sama Cik Sofia. Pukul berapa Pak Man kena jemput cik?” soal Pak Man meminta kepastian. Dia tersenyum kagum dengan sikap Aya Sofia yang cukup menghormati orang tua. Anak majikan tak pernah sombong. Pertama kali dia bekerja untuk Cik mudanya membuatkan hati tuanya berasa senang. Selalunya anak orang kaya kan sombong. Berpuluh-puluh tahun dia bekerja untuk keluarga Tan Sri Sulaiman sedikit pun tak buat dia rasa kekok.

“Nanti saya telefon. Saya pun tak pasti,” ujur Aya Sofiya memberi jawapan. Pak Man mengangguk.

Aya Sofia membuka pintu keretanya sendiri, Pak Man yang ingin membukakan pintu tidak dibenarkan. Hish, bukan susah pun nak buka pintu sendiri. Dia berjalan melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah. Kereta Jaguar milik ayahnya mula meluncur pergi meninggalkan dirinya. Dengan lafaz bismillah dia melangkah masuk menuju ke pintu pagar sekolah. Kelihatan dua orang pelajar sedang berdiri di pintu pagar. Mungkin pengawas sekolah. Teringat semasa dia menjadi ketua pengawas dulu. Dia mengeluh. Rindunya bertandang lagi. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Tepat pukul 7.20 pagi.

“Assalamualaikum, dik akak nak tanya kat mana pejabat sekolah ye,” tanya Aya Sofia lembut sambil mengukir senyuman. Namun, senyuman tidak dibalas oleh perempuan yang memakai seragam berwarna serba biru itu. Malah siap buat muka lagi. Perempuan itu terus berlalu pergi meninggalkan Aya Sofia yang termangu sendiri. Sombongnya!

“Akak tanya apa tadi?” soal pelajar lelaki yang memakai baju yang berwarna biru juga. Aya Sofia pantas berpaling. Kelihatan seorang budak lelaki yang memakai cermin mata sedang berdiri di belakangnya.

“Eh, akak nak tanya mana pejabat sekolah,” tanya Aya Sofia lagi. Budak lelaki itu merenungnya atas bawah. Asal pulak budak ini tengok dia lain macam aje. Tengok dia macam nampak alien aje.

“Akak pelajar baru ke?” soal Syamim. Tertera tag nama di bajunya.

“Ha’ah,” jawab Aya Sofia.

“Patutlah tak pernah nampak,” balas Syamim. Aya Sofia tersenyum sambil mengangguk. Buat-buatlah muka ramah.

“Akak terus lepas itu belok kanan, nanti akak jumpa tangga. Akak pergi kat tingakt empat, lepas itu akak belok kanan sikit akak akan jumpa signboard ‘PEJABAT’,” terang Syamim satu persatu. Aya Sofia cuba mengingat arah jalan yang diberikan. Rasanya tak ada masalah. Dia terus mengangguk. Sempat juga dia mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi.

Aya Sofia meniti tangga satu persatu, boleh tahan juga tingginya sekolah ini terasa semput nafas dia. Sampai saja dia di tingkat empat, Aya Sofiya terus belok ke kanan seperti yang diberitahu Syamim tadi. Tanpa dia perasan, dia terlanggar seseorang. Habis bertabur kertas yang dipegang orang lain itu. Aya Sofia yang terkejut seponton membongkok mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai. Kedengaran seseorang mendengus marah.

“Awak ini letak mata kat mana? Lutut,” marah seorang lelaki dengan garang. Kecut perut juga Aya Sofia mendengarnya. Nanti kejap bukan salah dia seorang pun. Dia tak perasan ada orang masa dia belok tadi. Kes sama-sama salah. Aya Sofia pantas mengutip kertas dan perlu diserahkan segera kepada lelaki itu.

“Tak ada adap langsung,” marah lelaki itu lagi. Suaranya semakin tinggi. Bingit pulak telinga Aya Sofia. Dia lantas mendongak kepalanya sikit untuk memandang wajah lelaki yang garang macam singa lapar. Lelaki itu terpana. Lidahnya kelu seribu bahasa.

Aya Sofia hanya memandang sekilas wajah lelaki itu yang berpakaian kemaja dan bertali leher. Entah-entah cikgu kat sini. Taklah handsome mana, sepuluh ganda lagi handsome Abang Ryan. Kutuk Aya Sofia di dalam hati.

“Maaf encik saya tak nampak tadi,” jelas Aya Sofia memohon maaf, kertas yang dipegang sudah diserahkan kepada lelaki itu. Walaupun dia tahu lelaki itu salah tapi memandangkan lelaki itu dah tua terpaksalah dia mengalah. Mana tahu lelaki itu cikgu tak adalah nanti dia dianggap biadap. Lelaki itu masih lagi diam. Tadi bukan main garang lagi. Dah bisu pula.

“Saya minta diri dulu, maafkan saya lagi sekali,” sambung Aya Sofia lagi sebelum berlalu. Sempat lagi dia melemparkan senyuman. Buat-buat muka baik. Saat Aya Sofia menoleh ke belakang sikit, matanya bertembung dengan  mata lelaki itu. Jantungnya terhenti seketika. Rasa cuak mula bersarang dalam jiwa bila melihat renungan tajam lelaki itu. Aya Sofia berpaling semula ke depan. Mintak-mintak bukan dia yang mengajar dalam kelasnya nanti. Langkah Aya Sofia terus dipanjangkan lagi menuju ke pejabat sekolah. Tidak mahu dia memikirkan tentang lelaki itu. Tanpa dia sedar, pertama kali lelaki itu mengukir senyuman nipis.

Aya Sofia menolak pintu pejabat. Dia terus menuju ke kaunter pejabat.

“Assalmualaikum,” sapa Aya Sofiya lembut kepada seorang wanita yang kelihatan sudah berusia. Wanita itu mengangkat kepalanya.

“Ya, ada yang boleh saya bantu,” soal wanita itu. Aya Sofia menarik nafas lega. Nasib baik masih ada yang ramah lagi kat sekolah ini. Kalau tak hari ini juga dia minta ayahnya tukarkan sekolah.

“Saya nak jumpa tuan pengetua,” jawab Aya Sofia penuh sopan.

“Sekejap ye.” Aya Sofia hanya tersenyum manis. Wanita itu bangun dan menuju ke sebuah bilik yang bersederhana besar.

Tiba-tiba pintu pejabat dikuak seseorang. Aya Sofia yang berdiri di depan kauter pantas menoleh ke arah pintu. Muncul lelaki yang dilanggarnya tadi. Hatinya mula tak sedap. Kenapa pulak dia ini kat sini?  Lelaki itu masuk dengan selambanya. Tanpa melihat orang disekelilingnya dia terus menuju ke sebuah almari dan menarik laci. Mukanya serius. Tangannya menarik satu fail berwarna hitam.

“Eh Cikgu Ammar, nak buat apa dengan fail itu?” soal wanita tadi.

Sama seperti yang diduga Aya Sofia, lelaki tadi itu memang cikgu kat sini. Aya Sofia hanya menjadi pendengar setia di situ. Oh, nama cikgu berlagak ini Cikgu Ammar. Nama sedap tapi perangai hancus.

“Nak buat laporan tentang disiplin pelajar. Terutama pelajar yang biadap,” jawab Ammar. Sengaja dia kuatkan sedikit ayat yang dihujungnya. Matanya menjeling tajam ke arah Aya Sofia.

Aya Sofia menelan air liur namun dia buat muka selamba. Ha, persetan semua itu. Lagipun bukan salah dia seorang pun. Sama-sama salah. Dia sendiri dah minta maaf.

“Biasalah budak zaman sekarang ini cikgu, macam mak bapa tak tahu nak ajar anak,” sinis kata-kata wanita itu. Tersentap hati Aya Sofia. Sedap mulut aje makcik ini. Tak semua mak bapak macam itu. Getus hati Aya Sofia geram. Namun, dia malas nak mencelah, takut digelar biadap pula.

“Lupa pulak nak tanya siapa nama adik ini?” soal wanita itu kepada Aya Sofia.

Aya Sofia sedikit terpinga-pinga apabila mendengar soalan. “Aya Sofia Binti Ta… Sulaiman,” sedikit gagap Aya Sofia menyebut nama ayahnya. Hampir terlepas tadi perkataan ‘Tan Sri.’ Dia tak mahu orang mengenali siapa dia sebenarnya.

“Owh, tuan pengetua ada kat dalam. Pergilah masuk,” arah wanita itu tadi.

“Terima kasih kak,” balas Aya Sofia sambil menghadiahkan senyuman. Pagi ini banyak betul exercise muka. Dia terus berlalu menuju ke pintu bilik tuan pengetua tanpa memandang ke arah Cikgu Ammar. Menyampah pulak dia tengok cikgu yang bajet bagus itu. Pirahhh…

Ammar Farizul hanya mengekori lewat dari anak matanya. Dia terus memandang sehingga gadis itu hilang dibalik pintu tuan pengetua. ‘Aya Sofia,’ desis hatinya. Dia terus keluar tanpa membawa apa-apa fail pun. Memang sengaja dia masuk tadi.
 
 

“Kenalkan semua ini pelajar baru masuk,” suara Tuan Haji Raihan, pengetua sekolah memenuhi ruang kelas yang tadinya sepi. Macam kelas orang mati.

Aya Sofia memerhatikan ruang kelasnya sebelum matanya melihat wajah satu persatu rakan-rakan sekelasnya yang baru. Beberapa pelajar mula berbisik sesama sendiri. Ada pelajar lelaki yang tak berkelip matanya memandang Aya Sofia. Dah macam alien pula dia kat sini. Semua orang nampak pelik aje. Nama budak bandar tapi tengok orang macam orang jakun. Aya Sofia memegang erat jari jemari runcing miliknya. Perasaanya mula tak tenang saat kakinya melangkah masuk ke dalam kelas ini. Baru dia perasan lelaki yang berdiri di hadapan kelas ketika ini. Cikgu Ammar a.k.a Inchik Singa. Haha… Dia terfikir sudah nama yang sesuai untuk cikgu itu tadi. Mata Cikgu Ammar merenung tajam memandang Aya Sofia seperti seorang pesalah yang menanti hukuman.

“Awak boleh perkenalkan diri awak sekarang,” arah Tuan Haji Raihan.

“Assalamualaikum, nama saya Aya Sofia Binti Sulaiman. Saya berasal dari Johor,” jelas Aya Sofia ringkas.

“Dulu sekolah mana?” soal Cikgu Ammar tegas. Aya Sofia memandang sekilas ke arah lelaki itu. Sibuklah dia ini.

“Saya sekolah biasa aje, kat sekolah kampung,” jujur Aya Sofia. Beberapa pelajar tersenyum sinis memandangnya. Berkerut dahi Aya Sofia. Apa yang pelik, dia bukan sekolah kat hutan pun. Hello, kengkawan semua budak kampung pun dah sampai oversea. Teringat pulak anak Mak Miah, Kak Ana yang berjaya sambung belajar sampai Australia. Nak hairan apa sekarang. Wajah Cikgu Ammar masih serius.

“Kenapa nama awak pelik?” soal pelajar lelaki yang duduk paling hujung sekali. Nampak macam pendiam tapi terlebih ramah pulak. Tak apa-apa rakan sekelas. Cikgu Ammar memandang tajam kearah pelajar lelaki itu. Pelajar lelaki itu kembali menudukkan kepalanya. Garangnya cikgu ini. Memang sesuai sangatlah dia dapat gelaran Inchik Singa. Hati Aya Sofia bermonolog sendiri.

“Sebab mak ayah saya yang letak,” jawab Aya Sofia acuh tak acuh. Wajahnya masih tenang dan dia tetap melemparkan senyuman. Tak mungkin dia cerita yang dia dapat nama sempena sebuah masjid di Turki, iaitu Aya Sofia. Ketika itu keluarganya tinggal di sana. Dan masa itu dia masih dalam kandungan ibu lagi. Arwah Tok Wan yang pilih nama itu dan Tok Wan juga yang bercerita kepadanya. Rindunya kat Tok Wan.

“Okeylah semua, kalau nak sesi berkenalan tunggu lepas kelas nanti,” seloroh Tuan Haji Raihan sambil tersenyum nipis. Sempat lagi tuan pengetua buat lawak sebelum berlalu keluar.

“Pandai-pandailah nak duduk mana,” sergah Cikgu Ammar. Suaranya mendatar. . Cis, cakap orang tak ada adap, diri sendiri pun sama.

Aya Sofia termangu seketika sebelum terpandang meja yang masih kosong di bahagian belakang sekali bersebelahan dengan seorang pelajar perempuan yang memakai cermin mata. Aya Sofia meletakkan beg sandang dibelakangnya.

“Hai, saya Aya Sofia, panggil Fi,” tegur Aya Sofia ramah.

“Nama saya Suzie. Awak boleh panggil Zie,” jawab Suzie perlahan. Macam orang takut-takut. Patutlah Inchik Singa kat depan. Aya Sofia mengangguk.

“Kelas, kita sambung balik nota kita balik sebab ada ‘iklan’ tadi,” sinis Cikgu Ammar berkata-kata. Aya Sofia tersentap. Kurang asam jawa punya cikgu ada patut dia panggil iklan. Tapi okey juga dia kan cun boleh jadi model iklan, Aya Sofia buat lawak dalam hatinya sendiri.

Aya Sofia mengeluarkan sekeping buku tulis yang masih baru dari dalam beg sandangnya. Dia mencatat setiap nota yang diberikan Cikgu Ammar. Walaupun dia tak suka, ilmu tetap dicari. Dia mengeluh berat apabila mengetahui Cikgu Ammar akan mengajar subjek seni. Subjek yang dia tak suka. Tidak!!! Sesuai sangatlah subjek dia tak suka dengan cikgunya sekali dia tak suka.

Selesai subjek seni, Cikgu Ammar terus melangkah keluar. Mukanya serius. Aya Sofia langsung tidak memandang wajah Cikgu Ammar ketika mereka sekelas mengucapkan terima kasih. Fikirannya lebih tertumpu tentang subjek yang baru diambil. Kalau tak kerana ayah, hidup mati balik pun dia tak akan ambil subjek ini.

Suasana yang tadinya sunyi sepi tiba-tiba bertukar menjadi riuh rendah. Ramai pelajar perempuan mengerumuni meja Aya Sofia. Terkejut juga Aya Sofia bila ramai yang datang ke mejanya. Yelah tadi bukan main ‘baik’ lagi.

“Hai nama saya Qaseh,” ujur seorang pelajar yang memperkenalkan dirinya ‘Qaseh’.

“Saya pula Adawiyah, yang ini Haiza, Shila, dan ketua kelas ini Raziah,” jelas Adawiyah sambilnya jarinya menujukkan satu persatu. Mereka tersenyum.

“Aya Sofia, panggil Fi,” jawab Aya Sofia. Dia saling membalas senyuman. Mereka mengangguk

“Sedap nama awak, tapi bunyinya pelik sikit,” ujur Shila mencelah.

“Tapi sesuai nama itu dengan Fi,” sambung Shila lagi.

“Kenapa pulak,” soal Aya Sofia penasaran.

“Muka Fi macam ada mixed sikit, kalau sekali pandang macam model arab pun ada,” ujur Haiza sambil tergelak. Ketawa mereka bersatu. Aya Sofia hanya tersenyum nipis. Tak payah beritahu pun dia dah lama tahu. Dulu Ain ada beritahu yang dia persis pelakon Nur Fathia. Kalau orang kata mereka kembar mungkin ramai yang percaya. Masuk lif tekan sendiri.

“Taklah, saya melayu tulen. Memang tak ada mixed mana-mana pun. Mungkin mak saya dulu minat tengok cerita arab kot,” Aya Sofia memikirkan alasan yang logik. Patut pun ibu terkenan masa itu dah duduk kat negara arab masa mengandung. Nasib baik duduk kat Istanbul kalau duduk negara Senegal agaknya, dia pun ikut orang belah sana.

“Fi duduk kat mana?” soal Raziah yang dari tadi cuma mendiamkan diri dan menjadi pemerhati.

“Dekat-dekat sini je,” jawab Aya Sofia acuh tak acuh.

“Eh, jangan ambil hati sangat dengan Cikgu Ammar itu,” ujur Shila tiba-tiba.

“Kenapa?” Aya Sofia bertanya. Dia pun nak tahu sebabnya.

“Perangai dia pelik sikit. Percaya tak yang kami sekali pun tak pernah nampak dia senyum. Memanjang je dengan muka ‘ketat’ dia,” terang Shila bersungguh-sungguh.

“Sebenarnya ramai pelajar yang suka dia tapi tak seorang berani dekat dia. Sayang harap aje muka handsome tapi muka mak datuk macam asam kecut,” celah Haiza. Gaya tak puas hati nampak. Entah-entah dia pun ada hati kat Inchik Singa itu. Perbualan kami berakhir di situ apabila seorang guru wanita masuk ke kelas kami. Kelam kabut mereka kembali tempat duduk masing-masing.

Aku masih memikirkan cerita yang baru dia dengari tadi. Timbul pula rasa tak percaya dalam hati Aya Sofia. Hish pelik, ada ke orang yang ada penyakit macam itu. Penyakit kulit agaknya. Nak kata handsome, biasa aje dia tengok. Kalau mereka jumpa Abang Ryan mesti Inchik Singa itu tak dipandang. Terbayang wajah abang kesayangan yang jauh diperantauan. Baru semalam dia menghantar Abang Ryan ke KLIA.

Sunday 23 December 2012

ACT'12 @Doha Qatar



Alhamdulilah...

Wlupun hanya seri tapi itu lebih baik dari kalah..

hari nie, Malaysia turun menetang Pakistan dengan misi memburu kemenangan utuk menjamin tempat ke final..

ketika ini, India masih berada di tangga pertama dengan mengutip 9 mata manakala Malaysia dan pakistan berkongsi 7mata dan hanya dipisahkan dengan beza jaringan.

kalau diikutkan ketika ini, Pakistan mendahului Malaysia dengan beza jaringan..

tapi apa2 pun segalanya boleh berubah dengan izin Allah.




nampaknya perlawanan berlangsung dengan sengit dengan kedua2 pasukan saling mengejar gol..

wah, msti hebat giler game nie kan...

walaupun Malaysia mendahului Pakistan melalui Fitri Saari, namun kedudukan tidak lama apabila pakistan berjaya menyamakan kedudukan...

seri 1-1 tidak berubah sehingga babak pertama tamat.

babak kedua, perlawanan semakin rancak apabila Faizal Saari berjaya menjaringkan gol pendahuluan menjadikan Malaysia 2-1.

namun, pakistan tidak berputus asa dan akhirnya dua gol berjaya dihasilkan menjadikan kedudukan 3-2..

namun, semangat juang anak didik Paul Revington harus dipuji apabila tetap melakukan serangan walaupun dilihat masa semakin suntuk..

dan 2 minit sebelum masa tamat, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil muncul wira apabila menjaringkan gol penyamaan sekaligus menyaksikan Malaysia dan pakistan berkongsi satu mata..

dengan seri 3-3..

good job guys...

dan berita paling tidak aq duga, akhirnya aq jumpa twitter milik pemain yang teramat aq minat iaitu Tengku Ahmad Tajuddin...

bestnya, so apalagi I follow...kihkihkihkih...

akhirnya ketemu juga apa yang aq cari n aq rasa dy baru je create twitter tu..

xkisahlah yang penting aq dh jumpa...

YES!!!

2 keping pic nie diambil time sesei latihan di Hotel Holiday Villa, Doha Qatar :



bila Incik Jidin nak jadi cikgu..kahkahkah

Friday 21 December 2012

ACT'12 @Doha Qatar




4 again!!!

Alhamdulilah, Malaysia menang utuk perlawanan kedua menetang Oman..

tapi ada sesuatu yang menarik ialah Malaysia menang dengan jaringan gol 4..

ermmmm....

tapi walaupun Malaysia berjaya mengutip 3 mata penuh, namun harus diingat ketika ini Pakistan n India juga mempunyai mata yang sama dengan Malaysia dan hanya dipisahkan dengan beza jaringan dan bolos..

ketika ini Pakistan mendahului negara lain..

sekiranya Malaysia ingin layak ke final, mereka perlu menumpaskan Pakistan untuk mencerahkan peluang ke final...

InsyaAllah, dengan izin Allah Malaysia mampu melakukannya..

paling penting fokus, fokus n terus fokus..

untunk perlawanan menentang Oman nie, Malaysia seharusnya memanfaatkan sepenuhnya untuk mencari seberapa banyak gol..

namun, rezeki yang Allah berikan hanya setakat itu dan seharusnya bersyukur..

Mungkin ada rezeki yang lain menanti.. InsyaAllah..

perlawanan semalam, Oman berjaya mendahului Malaysia sebelum Faizal Saari menyamakan kedudukan dan Razie Rahim berjaya menjaringkan gol pada babak pertama dengan kedudukan sedikit selesa 2-1...

bermula babak kedua, sekali lagi Razie Rahim berjaya meledakkan gol ke-3 buat Malaysia...

dan pada hujung minit2 terakhir, Tengku Ahmad Tajuddin berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan paling selesa..

dan pada hari Ahad- 24/12, malaysia akan berdepan ujian sukar apabila turun menentang Pakistan..

harap2 mereka akan melakukan sebaik mungkin untuk match nanti..

doakan yang terbaik utuk bro2 hoki negara.. Chills guys..

pe2 kte tgok dlu pic yng sempt aq korek dr mana2 sumber :




Thursday 20 December 2012

ACT'12 @ Doha Qatar

 
 
 
 


FUH!!! FUH!!! FUH!!!...

hakhakhak...

banyk betul habuk kt blog nie... hehehehe..

lme jugak aq x update apa2 yng menarik..

last sekali aq update mse last date CC1@Argentina.

BUT... Now, i come back!!!

biasalah aq klu bukan hoki kdg2 malas nak buka or tulis something...

buat blog nie suka2 je...

coz AKU BUKAN BLOGGER FULL TIME!!! kahkahkah...

okey, apa yng menarik hari nie...

of course, tentang ASIAN CHOMPIONS TROPHY"12 @ Doha, Qatar edisi ke-2...

Wah, mcam intersting nmpak...

memang pun coz skuad hoki Malaysia pun terlibat...

s\Syoknya.........

ACT'12 nie melibatkn 6 buah negara iaitu India (selaku juara bertahan), Pakistan (Naib Juara), Malaysia (tangga ke-3 tahun lalu), Jepun (tngga ke-4), China(tangga ke-6) n Oman (menggantikan Korea selatan)...

lengkap and perfect punya info... ^_^

dan tahun nie merupakn tahun ke-2 kejohonan dan edisi pertama dlu di Ordos, China..

apa yang tersangat n teramat menarik ialah MALAYA TIGERS hari nie mengaummmmm...

perlawanan pertama berlangung di Stadium Hoki AR-Rryan pada pukul 3 ptg iaitu(8mlm waktu Malaysia)..

MALAYSIA vs JEPUN....

mesti gerun bunyinya klu dengar nama Jepun tapi kalau main bola sepak lah...kahkahkah...

langkah kanan pemain Malaysia hari ini apabila berjaya menumpaskan Jepun 4-1...

AWESOME...

n CONGRATSSS FROM ME!!! muahhhhhhh...

klau nak tahu lebih lanjut, jom baca artikel nie :

A WINNING START IN DOHA

 



This is an example of the difference between passion and power. The MHC website led by a top gun still looking for info while a blog has all the details. Roll over and admit that passion wins all the time.

Read on, brought to you by the one and only accurate and fastest hockey blog in the country, accurate and speed matters.....


Another winning start and another four goals scored. That sums up the Malaysian team opening match in the 2nd AHF Champions Trophy in Doha where Malaysia defeated Japan 4-1.

It was a good start, something that coaches Paul Revington and Arul Selvaraj were looking for as Malaysia made eight changes to the team that played in the Champions Challenge in Argentina some three weeks ago where they finished fourth.

"It was a good match and the win was important to give the new inclusions confidence as the tournament progresses," said Arul when contacted in Doha after the match.

Malaysia opened scoring through Tengku Ahmad Tajuddin Tg Jalil in the 3rd minute before Faisal Saari doubled the advantage in the 17th minute, converting a penalty corner.

Hafifihafiz Hanafi gave Malaysia a 3-0 halftime lead by netting in the 32nd minute and Malaysia were coasting. Mohd Razie Rahim found the mark off another penalty corner in the 58th minute and though Japan got a consolation five minutes before time via Tachibana, it was too late to deny Malaysia all 3 points.


Faham x, alah simple je ayat dy... senang cerita Malaysia menang.. habis..hahahahahaha

esok Malaysia akan bertemu Oman pada pukul 7mlm (12t/mlam waktu malaysia)...

semoga terus berjaya buat skuad hoki negara terutama My idol : TENGKU AHMAD TAJUDDIN...

HAHAHAAHAHA (dah score sebijik tadi, walaweh.. hebat mu...)

dan macam biasa aq akan update sepanjang perlawanan berlangsung..

BERUSAHALAH!!! kihkihkihkih...

Sunday 2 December 2012

CC1 @ Place 3/4


Last Day....

tamat sudah Champions Challenge 1 @ Argentina dan Malaysia menamatkan saingan di tangga ke-4...

okeylh, not bad.. cuba lg next year..

Malaysia tewas kepada Ireland dgn jaringan 4-3 hasil jaringan Ismail Abu, Faizal Saari dan Nabil Fiqri...

tapi kalau nak ikutkan Malaysia tak banyak buat persiapan untuk tournement kali nie apatah lagi coach baru Paul Revington pun baru 3 minggu ajar team hoki.. so, kira hebatlah diaorang leh berjaya sehingga ke semi final sekaligus capai sasaran MHC..

walaupun Malaysia berpeluang meraih gangsa tetapi nasib sekali lagi tidak memihak kepada mereka apabila pada minit terakhir perlawanan Malaysia gagal mempertahankan kedudukan 3-2 dan permainan terpaksa dilanjutkan sehingga ke masa tambahan...

benteng pertahanan sedikit alpa apabila membenarkan Ireland menjaringkan gol pada masa ke-68, dua minit sebelum masa sebenar tamat walaupun ketika itu malaysia berjaya di depan...

kepenatan mungkin faktor mereka tewas kerana mereka seperti tiada istilah rehat.. selesai kejohonan MHL tnb, Piala Razak pula menyusul sebelum pemain dipilih mewakili Malaysia ke argentina...

perjalanan yg mengambil masa 27jam, mungkin menyebabkan pemain sedkit keletihan... namun, aksi di peringkat kumpulan sememangnya harus dipuji apabila menjuarai Pool A sebelum bertemu Afrika Selatan dan berjaya layak ke semi final...

percapaian yg terbaik dan menyamai rekod ketika di Kuala Lumpur...

Namun, masih banyak yg harus diperbaiki.. Insya Allah, satu hari nanti team hoki akan bangkit dan berjaya menjadi kuasa besar hoki dunia..

overall, semua dah menjalankan tugas dgn baik...

semoga berjaya di Piala Asia 2013, di Ipoh nanti...

#supporthockeyforever#

last update CC1, jom tengok aksi dyorang di last day ::::












Saturday 1 December 2012

CC1 @ Semi Final





Misi Gagal !!!

kecewa mmg kecewa tapi tetap berbangga dgn percapaian Malaysia... wLpun tewas tp target yg diletakkan MHC berjaya dilepasi..

nampaknya taktik korea menjadi apabila berjaya menewaskan Malaysia di semi final pd pukul 1 pg td (waktu malaysia)..

memang seperti yg aq duga dr sebelum perlawanan, pasti korea menyimpan banyak taktik licik...

seharusnya Malaysia sudah masak dengan permainan korea, tp mungkin xde rezeki tahun nie..

Malaysia turun dengan penuh yakin apabila pada peringkat kumpulan, mereka berjaya menewaskan korea.. Namun, harus di ingat, korea mmg satu pasukan yg sgt licik...

pada babak pertama, korea berjaya mendapatkan 4 gol.. misi yg semakin sukar buat Malaysia utk mengejar. Nampaknya, korea lebih bersedia menghadapi Malaysia di semi final..

pada babak kedua pula, Malaysia cuba mengejar dan hasilnya Cua Boon Huat berjaya mendapatkan satu gol... tapi korea berjaya menjarakkan kedudukan 5-1..

Tetapi Malaysia tetap berusaha mendaptkan gol dan Razie Rahim berjaya menyudahkan pukulan sudut dan pada minit2 akhir permainan Marhan Jalil berjaya mendapatkan gol padang buat Malaysia..

keputusan berakhir dengan 6-3..

sungghupun tewas, aku tetap puji kesungguhan pemain apabila bangkit pada babak pertama..

dan korea memang bijak mendapatkan pukulan sudut apabila 4 gol mereka berpunca dr pukulan sudut...

klu ikutkn terer lg Malaysia coz byk gol padang dr pukulan sudut...

pe2 pun team hoki negara dah buat sehabis baik, tapi nasib tidak memihak kpd mereka...

oklh, ni pic yg sempat aq 'ceduk' dr fih.ch ::::