Sunday, 11 November 2012

Hari Pertama....





Alhamdulilah, itulah kata2 yg terucap sebaik saja selesai perlawanan hoki antara Malaysia bertemu juara dunia remaja 5 kali berturut2 Jerman. satu perlawanan yang ckup mendebarkan.. sebelum tu, nak mintak maaf dlu coz terlambat update keputusan semua perlawanan pada hari ini.. memang tak terduga yang Malaysia mampu bangkit dari ketinggalan 0-2 pada masa separuh pertama. mulanya, dah fikir gak berapa gol lah Jerman leh score malam ini. tp dalam permainan hoki masa masih panjang utk melakukan comeback dan ia terbukti apabila mereka berjaya memperkemaskan corak permainan pada masa kedua.

masa pertama, pemain Malaysia sedikit kehilangan fokus dan membenarkan Jerman score 2 bijik dalam gol. wpun dapat 4 kali PC tp msh gagal mendapatkan jaringan, mungkin rezeki belum datang. wpun beberapa kali melakukan serangan berbahaya tapi still gagal dan ia dimanfaatkan Jerman dgn sebaik-baiknya. mungkin ingin melihat tektikal Jerman, Malaysia cuba membaca pergerakan lawan. apatah lagi Jerman menggunakan khidmat pakar tektikal dunia, Paul Lissek.

masa kedua, Malaysia menukar sedikit corak permainan dan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan. tp mmg aq tabik spring kt player2 Malaysia coz tak putus harapan utk mencari gol. dan aq nmpak yg permainan Malaysia semakin pantas coraknya. dan usaha tnpa mengenal putus asa akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila Amir Farid berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-38. lega sikit tekanan aq n family aq yg tgk kt tv. yelah nak gi stadium jauh sgt tu. aq kt nun utara, depa sume nun jauh kt selatan wpun hakikatnya aq asal selatan..hahahaha... bila Malaysia dpt PC nmpak skit cerah utk samakn kedudukan 2-2.. tp kesilapan dilakukan goalkeeper Jerman menghadiahkan pukulan stroke,(klu bola sepak sepakan penaliti lah). dan captain Faeez Petak berjaya menyempurnakan tugasnya dgn baik wpun GK Jerman berjaya tampan bola tp bola tu melantun balik, n goal!!! mse tu dah boleh bernafas dgn selesa sikit bila tgk dh seri. tp jelas kelihatan Malaysia menguasai 51% permainan. tp aq slatue pertahanan malaysia yg sentiasa ada di posisi masing2. xdelh mcm bola yg pertahanannya lari lintang pukang.hahahaha.. bila masa tinggal 3minit sebelum msa tamat, Ramadhan Rosli berjaya menjaringkan gol ke-3 malaysia. bkn setakat penonton kt stadium bersorak tp dgn kteowg sekali pun bersorak sama. puas hati giler bila tgk kesungguhan player malaysia. bila dh score 3-2, rasa lambat lak masa nk tamat. tp alhamdulilah mereka berjaya mengekalkan mometum masing2. dan akhirnya keputusan memihak Malaysia 3-2.. wow, bangga giler beb. dapat kalahkan juara dunia tu. mana xbangganya. pttlh Jerman batalkan matches friendly dgn malaysia semalam... rupanya cuak gak dgn Malaysia.hahaha... cayalah Malaysia.. dan inilah sebab nape aq ske bebenor dgn hoki... pe2 pun good luck adk2 sume utk matches sok. k. berdoa n berusaha, insya Allah berjaya.. klu nk tahu segala berita dan info ttg kejohonan ini leh layari website ini iaitu www.sultanjohorcup.com.my.. n ini keputusan penuh perlawanan hari ini :

Sultan of Johor Cup 2012
Print
Sunday 11 November 2012 11-11-2012 16:05 New Zealand            3 : 3Pakistan
11-11-2012 18:05 Australia            0 : 2India
11-11-2012 20:05 Malaysia            3 : 2Germany

Monday 12 November 2012 12-11-2012 16:05 Australia         5 :1 Pakistan
12-11-2012 18:05 Germany         1 :3 India
12-11-2012 20:05 Malaysia         2 :5 New Zealand

Wednesday 14 November 2012 14-11-2012 16:05 Germany         5 :1 New Zealand
14-11-2012 18:05 Malaysia         2: 3Australia
14-11-2012 20:05 India        0  :0 Pakistan

Thursday 15 November 2012 15-11-2012 16:05 Australia         0 :2 Germany
15-11-2012 18:05 New Zealand         1 :3 India
15-11-2012 20:05 Malaysia         0 :2 Pakistan

Saturday 17 November 2012 17-11-2012 16:05 Germany         3 :0 Pakistan
17-11-2012 18:05 India         3 :3 Malaysia
17-11-2012 20:05 New Zealand1 :5 Australia

No comments:

Post a Comment