Tuesday 27 November 2012

CC 1 @ three days



' happy happy day... happy happy crazy tonight... the happy happy day'

eh, tetiba je nyanyi lagu soundtrack 'MY GIRL'.. ada pe2 ker???

mstilah ada... mne x happy klu pasukan kesayangan aq menang hari nie.. yeahhhhhh..... super double happynyer ble idola sendiri antara penjaring pada match hari nie.. sape lg kalau bukan TENGKU AHMAD TAJUDDIN TENGKU ABDUL JALIL ( baju biru tu ye)




sebelum tu, CONGRATZ kpd team hockey negara coz mencatatkan kemenangan 3 kali berturut2 dan sekaligus mengesahkan juara Pool A dgn mengutip 9 mata penuh.. diikuti Poland, Korea Selatan n Kanada.. ..

Wah, semakin hebat national team.. good job guys.. satu permulaan yg baik... xdinafikan yg hoki nie ada masa depan yg cerah.. cewah...hahahaha... oppss terlebih sudah...

hari nie, Malaysia turun menentang Kanada utk melengkapkan jadual dengan misi seri atau menang utk mengesahkan juara kumpulan.. Malaysia memperolehi jaringan seawal minit ke-7 menerusi Razie Rahim yg menyempurnakan PS.. selang 3 minit kemudian, giliran Tengku Ahmad Tajuddin pula, menjaringkan gol kedua menerusi gol padang pada minit ke-11.. pada minit ke-17, Kanada berjaya merapatkan kedudukan namun pada minit ke-24, penyerang profilik negara Faizal Saari berjaya menjarakkan kedudukan 3-1 pada masa pertama juga menerusi gol padang..

masuk babak kedua, penyerang Kanada berjaya memperolehi gol pada minit ke-39.. Namun, Malaysia sekali lagi berjaya mengukuhkan kedudukan hasil jaringan Fitri Saari (adik kpd Faizal Saari) pada minit ke-56 menerusi gol padang.

 kedudukan kekal sehingga wisel penamat dgn jaringan 4-2 ...

Malaysia akan meneruskan misi pada hari Khamis ini untuk saingan suku akhir dan turun menentang Afrika Selatan yang menghuni di tangga tercorot Pool B setelah tewas kpd Ireland..

namun harus di ingat, Afrika Selatan berada di ranking ke-10 dunia ketika ni.. so, Malaysia tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan.

go Malaysia go... good luck guys for the next game..

P/S : cuma satu je, Malaysia harus berhati2 dgn taktik Korea yg seperti sengaja tewas kpd Poland utk bertemu dgn Jepun (sekiranya Jepun tewas kpd Argentina) di suku akhir.. sekiranya benar ramalan nie, Korea akan bertemu semula dgn Malaysia (kalu Malaysia berjaya kalahkan Afrika Selatan) di separuh akhir.. mungkin skrip lama akan berulang seperti di kelayakan olimpik dimana Korea sengaja seri dgn Ireland setelah berjaya tewaskan Malaysia... dan ketika itu, Malaysia perlu menang bertemu Ireland namun sekadar seri. dan Ireland bertemu Korea di final dan layak ke olimpik.. so be careful guys..


jom kte layan dlu pic yg super duper power dr player Malaysia vs Kanada :::













No comments:

Post a Comment